X

Kindly register in order to view this article
!

Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi ditubuh: KPT

Penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi menjadi pemangkin ke arah inisiatif strategik, dalam menyediakan infostruktur sumber maklumat ilmiah digital berkualiti kepada warga pendidikan tinggi, terutama dalam situasi Covid-19. Gambar kecil: Noraini
A
A

KUALA LUMPUR - Penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi menjadi pemangkin ke arah inisiatif strategik, dalam menyediakan infostruktur sumber maklumat ilmiah digital berkualiti kepada warga pendidikan tinggi, terutama dalam situasi Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, konsortium itu juga akan mencapai penjimatan dan keberkesanan kos langganan kepada sumber maklumat ilmiah digital, untuk jangka masa panjang.

“Peningkatan kos langganan pangkalan data maklumat saban tahun akan mengurangkan kebolehupayaan universiti awam, untuk mengekalkan penawaran akses sumber maklumat ilmiah kepada warga pendidikan tinggi.

“Usaha berterusan sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi, untuk meluaskan langganan kepada pangkalan data maklumat kritikal kepada warga pendidikan tinggi pada 2022,” katanya.

Noraini berkata, kini warga akademik, pelajar dan penyelidik, sedang menikmati akses kepada pangkalan data ‘ScienceDirect’ yang dilanggan secara konsortium, selain daripada pangkalan data ‘Scopus’ dan ‘Emerald’ yang dilanggan secara berpusat, oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Initiatif penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi oleh perpustakaan akademik Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), bertujuan menyediakan kemudahan prasarana sumber rujukan digital ilmiah kepada warga IPTA bagi aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Katanya, pada 1 April lalu, satu memorandum persefahaman ditandatangani 20 buah universiti awam tempatan sebagai tanda persetujuan penubuhan konsortium itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!