BN banyak kritik berbanding bawa agenda rakyat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - BN dilihat banyak mengkritik manifesto yang di bawa calon PH di PRK Semenyih berbanding membawa agenda rakyat.

Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, calon PH, bebas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semuanya ada mainkan sentimen berkenaan agenda rakyat, namun tidak bagi calon BN.

Menurutnya, secara umum isu nasional mempengaruhi PRK Semenyih sama ada untuk yang tinggal di bandar atau luar bandar.

“Jadi sentimen luar bandar seperti ekonomi dan kos sara hidup banyak dimainkan calon-calon di PRK Semenyih.

“Selain itu isu nasional yang masih berkaitan dengan ‘local’ antaranya pendidikan, hospital, klinik, keperluan asas yang rakyat perlukan untuk dibangunkan juga ada dimainkan.

“Calon PH juga ada nampak nak tunaikan janji-janji bagi bangunkan Semenyih dengan agenda pembangunan seperti manifesto yang telah diumumkan baru-baru ini. Tetapi BN lebih banyak kritik,” katanya ketika menjadi Panel Wacana Sinar Harian Ke-91 “Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat”, di Dewan Karangkaraf, hari ini.

Dalam pada itu, akui Mohd Azizuddin sentimen yang dominen di bawa pada PRK Semenyih adalah berkisar mengenai sosial, ekonomi dan pembangunan.

Artikel Berkaitan: