Jepun cadang laksana perintah darurat di empat lagi wilayah

Jepun berhasrat melaksanakan perintah darurat di empat lagi wilayah selepas Tokyo dan Okinawa.
Jepun berhasrat melaksanakan perintah darurat di empat lagi wilayah selepas Tokyo dan Okinawa.
A
A
A

TOKYO - Jepun berhasrat melaksanakan perintah darurat di empat lagi wilayah selepas Tokyo dan Okinawa, lapor Sputnik - menurut Kyodo memetik kenyataan Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura.

Nishimura yang mengetuai pasukan tindak balas pandemik berkata tempoh darurat bakal dikuat kuasa di Osaka dan tiga wilayah berdekatan dengan Tokyo iaitu Kanagawa, Saitama dan Chiba, sehingga 31 Ogos.

Perintah darurat telah dikuat kuasa di Tokyo dan Okinawa bermula 12 Julai hingga 22 Ogos, bagaimanapun dilanjutkan hingga 31 Ogos.

Cadangan dibuat berikutan peningkatan mendadak kes dan belum pernah terjadi sebelum ini, dengan 10,699 kes baharu Covid-19 dilaporkan sejak wabak melanda.

Tokyo, tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas menyaksikan peningkatan kes tiga hari berturut-turut dan 3,865 kes telah direkodkan pada Khamis.

Sementara itu, wakil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menyangkal kemungkinan peningkatan jumlah kes Covid-19 disebabkan temasya sukan yang sedang berlangsung. - Bernama

Artikel Berkaitan: