Pecutan Azreen Nabila terhenti di pusingan pertama

Azreen Nabila tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam acara 100 meter wanita selepas akhiri pusingan pertama saringan keenam di kedudukan ketujuh di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat. - Foto FB MSN/ Kamarul Akhir

A
A
A

PELARI pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias tidak berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya dalam acara 100 meter (m) wanita selepas mengakhiri pusingan pertama saringan keenam di kedudukan ketujuh di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat.

Atlet berusia 21 tahun itu mencatat masa 11.91 saat (s) dengan pusingan tersebut didominasi Wakil Nigeria, Blessing Okagbare menerusi catatan masa 11.05s diikuti pelari Great Britain, Asha Philip 11.31s dan Tynia Gaither dari Bahamas (11.34s)

Pada sebelah pagi, Azreen Nabila yang membuat penampilan kali pertama dalam Olimpik mencipta sensasi tersendiri apabila memperbaharui rekod peribadi terbaiknya dalam pusingan kelayakan apabila mencatat masa 11.77s.

Catatan peribadi terbaik atlet berusia 21 tahun itu yang meraih tiket ‘wild card’ di temasya Sukan Olimpik Tokyo adalah 11.92s.

Artikel Berkaitan: