1MDB: Paul setuju lepaskan lebih RM7 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA- Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen bersetuju melepaskan secara rela hati keseluruhan wang RM7,192,873.84.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataannya memaklumkan satu persetujuan melibatkan Paul yang dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] membabitkan wang berjumlah RM15 juta.

"Keseluruhan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun amanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya pada Jumaat.

Susulan itu, pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

Pada kenyataan sama, SPRM turut memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kompaun RM590,587.26 di bawah Seksyen 92 (1) Akta 613 terhadap peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang berdepan dengan pertuduhan sama.

Perkara tersebut diputuskan setelah mengambil kira bahawa jumlah itu adalah wajar untuk dilucuthak dan kes terhadap Mohd Hafarizam juga ditarik balik.

Pada 20 Februari 2019, pendakwaan mengemukakan pertuduhan terhadap Paul di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa kehadirannya manakala Mohd Hafarizam dituduh pada 3 Ogos tahun lalu.

Artikel Berkaitan: