X

Kindly register in order to view this article
!

Dua ejen 'top up games' judi dalam talian diberkas

Beh Eng Lai
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki disyaki ejen 'top up games' judi dalam talian ditahan secara berasingan di Kepong dan Jinjang, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dua lelaki berusia 45 dan 70 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 5.10 petang hingga 6.45 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati, mereka beroperasi sejak dua bulan lalu di sekitar tepi jalan dan di kaki lima deretan kedai yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk membuat transaksi," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Eng Lai berkata, dua suspek itu menerima gaji tetap setiap bulan dan hasil jualan 'top up' mereka akan dikutip oleh seorang lelaki lain yang telah dikenal pasti.

"Kami berjaya merampas dua telefon bimbit pelbagai jenama, dua keping kad sim telco dan wang tunai RM135," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam aktiviti judi dalam talian," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!