Vaksinasi Covid-19 melebihi 500,000 dos

Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama empat hari berturut-turut dengan 556,404 dos suntikan diberikan pada Khamis.
Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama empat hari berturut-turut dengan 556,404 dos suntikan diberikan pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama empat hari berturut-turut dengan 556,404 dos suntikan diberikan pada Khamis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata, jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Februari lepas.

Katanya, daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 343,530 adalah dos pertama manakala 212,874 lagi dos kedua.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 19,502,452 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat Khamis.

Jumlah itu meliputi 13,184,724 untuk dos pertama dan 6,317,710 bagi dos kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan: