X

Kindly register in order to view this article
!

Pemain Juventus positif Covid-19

Cristiano Ronaldo bersama Hamza Rafia (tengah) selepas pemain tersebut meledak jaringan ketika menentang Genoa pada saingan Piala Itali, 31 Januari lalu. - Foto AFP
A
A

GERGASI liga Itali, Juventus mengesahkan pemain berusia 22 tahun The Old Lady, Hamza Rafia positif Covid-19 akan menjalani proses kuarantin seperti ditetapkan pihak berkuasa, pada Khamis.

"Kelab Juventus mengumumkan semasa pemeriksaan kesihatan ditetapkan Hamza Rafia didapati positif Covid-19.

"Sesuai dengan perundangan dan peraturan kesihatan setempat, kelompok pemain kelab telah melakukan pengasingan mulai hari ini.

"Prosedur ini adalah untuk membenarkan semua individu yang diuji negatif untuk meneruskan latihan biasa dan aktiviti perlawanan, tapi tidak dibenarkan untuk berhubung dengan mereka yang berada di luar," jurucakap Juventus.

Hamza Rafia pemain kacukan Tunisia-Perancis melakukan penampilan pertama bersama kelab Turin tersebut musim lalu, telah menjaringkan gol semasa menentang Genoa pada saingan Piala Itali.

Juventus akan menyingkap tirai saingan Serie A berdepan Udinese yang dijadualkan pada 21 Ogos depan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!