X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan PN didakwa langgar prinsip perlembagaan

Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa telah melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah berkata, ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan penamatan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, tindakan itu jelas menunjukkan sikap membelakangkan fungsi Seri Paduka Baginda selaku ketua negara yang berkuasa terhadap proklamasi darurat dan segala ordinan terkandung di bawahnya.

“Tindakan kerajaan ini amat mengaibkan, selain mencacatkan sistem semak dan imbang dalam pemerintahan negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sehubungan itu, Sharifah Maznah berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memikul tanggung jawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan.

“Kebiadaban kerajaan PN dan Takiyuddin bukan sahaja memalukan, malah bercanggah dengan peruntukan perlembagaan serta menjatuhkan imej negara secara keseluruhannya,” ujarnya.

Tambah beliau, Wanita UMNO Kedah mahu seluruh kepimpinan UMNO berdiri teguh dan menjunjung segala titah Seri Paduka Baginda dalam isu berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!