Runtuhan besi perancah: Prasarana arah kontraktor jalan siasatan menyeluruh

Prasarana telah mengarahkan kontraktornya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden runtuhan perancah besi di laluan LRT Shah Alam di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi. Kenyataan Prasarana dikeluarkan pada malam Khamis.
Prasarana telah mengarahkan kontraktornya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden runtuhan perancah besi di laluan LRT Shah Alam di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi. Kenyataan Prasarana dikeluarkan pada malam Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengarahkan kontraktornya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden runtuhan perancah besi di laluan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Shah Alam (dahulu dikenali sebagai LRT 3) di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi.

Prasarana yang merupakan pemilik projek LRT Shah Alam dalam kenyataannya mahu kontraktor, MRCB George Kent Sdn Bhd memberikan laporan terperinci dan langkah-langkah mitigasi untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang di masa depan.

"Kami percaya keselamatan adalah penting dan memerlukan perhatian dan komitmen sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat untuk memastikan keselamatan keseluruhan tempat kerja dijaga dan perlu mematuhi dengan peraturan keselamatan pada setiap masa.

“Prasarana akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk dengan segera melancarkan siasatan sendiri berhubung perkara tersebut dan juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan yang menyeluruh dan tidak bergantung dapat dijalankan," kata kenyataan itu pada Khamis malam.

ARTIKEL BERKIATAN: Perancah besi struktur binaan runtuh, seorang mangsa tertimbus

Pada Khamis, seorang buruh warga asing maut manakala dua cedera dalam insiden runtuhan perancah besi struktur binaan laluan Projek LRT 3, di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi sekitar jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dilaporkan berkata, sewaktu kejadian lima buruh warga asing terbabit sedang menjalankan kerja-kerja menuang konkrit di atas struktur binaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Prasarana menzahirkan kekesalan yang mendalam kepada mereka yang terkesan dengan insiden berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang telah terkorban.

Prasarana juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dari Bomba Balai Bomba dan Penyelamat dan Polis DiRaja Malaysia yang bekerja keras dan cepat membantu dan mendapatkan semua mangsa dari tempat kejadian.