X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin, Takiyuddin perlu mohon keampunan: BN Perak

Muhyiddin Yassin dan Takiyuddin Hassan
A
A

IPOH - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu berjiwa besar memohon keampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, dua pemimpin itu seharusnya mengambil tanggungjawab atas segala kekhilafan yang berlaku berkaitan penzahiran perasaan dukacita baginda berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

"Adalah amat malang apabila keprihatinan Baginda dalam soal menangani krisis Covid-19 yang mencengkam kehidupan rakyat telah dikesampingkan.

"Malah tindakan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong jelas mencabuli prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri adakan perjumpaan bersama 40 ahli Parlimen BN

Menurutnya, BN Perak bimbang perkembangan itu akan memberi implikasi besar terhadap kedaulatan undang-undang.

"Selain itu, ia dikhuatiri akan menjerumuskan negara ke kancah krisis Perlembagaan yang sepatutnya dielakkan dalam keadaan negara sedang bergelut menghadapi krisis kesihatan susulan pandemik Covid-19.

"Menyedari episod hitam yang berlaku hari ini berpunca daripada kegoyahan dan ketidakstabilan politik, maka perlu ada kemahuan politik dari semua pihak untuk mengembalikan kredibiliti Dewan Rakyat dalam menentukan keabsahan sokongan dan kedudukan kerajaan yang ada hari ini," katanya.

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!