X

Kindly register in order to view this article
!

JKNS terima 7,000 kit HAT bantu pesakit Covid-19 kuarantin di rumah

Siti Mariah (kiri) menyerahkan kit HAT kepada Dr Sha'ari pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memberikan 7,000 kit penilaian di rumah (HAT) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pada Khamis.

Serahan tersebut dibuat oleh Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud kepada Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Menurut Siti Mariah, kit HAT tersebut mengandungi pelitup muka jenis KN95 dan 'pulse oximeter' iaitu alat membaca kadar oksigen dalam darah akan diberikan kepada pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Katanya, pesakit perlu memasukkan keputusan yang diperoleh daripada 'pulse oximeter' beserta simptom yang dialami ke dalam aplikasi SELangkah supaya pemantauan harian oleh petugas kesihatan dapat dilakukan.

" 'Pulse oximeter' ialah alat yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung dan paraa oksigen dalam darah. Bacaan paras oksigen normal ialah di antara 95 hingga 99 peratus, manakala bacaan denyutan jantung normal pula ialah 50 hingga 90 seminit.

"Pemberian kit HAT ini merupakan salah satu inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 untuk menangani kes Brought in Dead (BID), menyokong pesakit yang menjalani kuarantin di rumah, mengurangkan kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan meringankan beban petugas kesihatan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada awal Julai lalu, pihaknya menyerahkan 1,000 unit 'pulse oximeter' kepada CAC Daerah Petaling untuk diagihkan kepada pesakit kategori satu dan dua yang menjalani kuarantin di rumah.

Katanya, bagi memastikan pengurusan kit dan kaedah pemantauan dapat diselaraskan lebih efisien, setiap kit HAT akan diserahkan kepada pesakit Covid-19 menerusi CAC Daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak yang menggunakan aplikasi SELangkah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!