Polis tahan lelaki curi 20 ayam mentah

No Image Caption
A
A
A

TAIPING - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan curi membabitkan 20 ekor ayam mentah di daerah ini pada Khamis.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan menerusi Op Pintu oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping di sebuah rumah kedai di Kamunting sekitar jam 12.05 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan 20 ekor ayam mentah yang siap diproses itu pada 25 Julai lalu.

"Siasatan awal berjaya menjejaki suspek yang terlibat dalam kegiatan itu.

"Dalam serbuan yang dilakukan telah menahan lelaki berkenaan dan polis turut merampas sehelai baju T berwarna putih dan sehelai seluar panjang yang dipakai suspek semasa melakukan jenayah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan suspek kini direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau memberitahu, polis akan meneruskan usaha membanteras kegiatan jenayah curi di daerah itu yang menjadi antara penyumbang utama dalam kes jenayah indeks.

"Kejadian curi merupakan kes jenayah yang mendatangkan kegusaran kepada masyarakat. Jadi kita minta orang awam terus menyalurkan maklumat bagi membantu usaha polis membanteras kegiatan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: