Djokovic lepasi halangan Kei Nishikori

Novak Djokovic -Foto: AFP
Novak Djokovic -Foto: AFP
A
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic meneruskan misi pemburuan Grand Slam Emas apabila melangkah ke separuh akhir acara tenis perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori.

Pada aksi suku akhir, pemain berusia 34 tahun itu tidak berdepan masalah mengakhiri cabaran pemain berusia 31 tahun yang berstatus ranking ke-69 dunia dengan kemenangan 6-2, 6-0 dalam masa 70 minit.

Pemain dari Belgrade, Serbia itu yang telah memiliki kejuaraan Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon musim ini, masih berdepan kemarau pingat utama Olimpik dengan pencapaian terbaik gangsa pada Beijing 2008 akan berdepan sama ada Alexander Zverev atau Jeremy Chardy di separuh akhir.

"Saya amat gembira kerana ini persembahan terbaik di kejohanan ini, sejujurnya ia bukan satu perlawanan yang semakin mudah, sebaliknya permainan saya semakin baik. Permainan saya semakin baik apabila kejohanan semakin ke penghujung," katanya.

Artikel Berkaitan: