Pengalaman pisahkan Zii Jia, Chen Long

Lee Zii Jia - Foto AFP
Lee Zii Jia - Foto AFP
A
A
A

PENGALAMAN luas dimiliki Chen Long ternyata memberi kelebihan kepada pemenang pingat emas Rio 2016 itu untuk melakar kemenangan ke atas pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam masa 70 minit di pusingan 16 acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Musashino Forest Sport Plaza tersebut, Zii Jia yang tampil dengan reputasi juara Seluruh England ternyata berdepan tentangan sengit Chen Long, pemain ranking keenam dunia sebelum menang set pertama 21-8 dalam masa 28 minit.

Namun pada set kedua, Chen Long berusia 32 tahun dari Hubei, China yang melakukan debut antarabangsa pertama pada 2007 kembali memperkemaskan corak permainannya untuk memenangi perlawanan 21-19 dalam tempoh 30 minit.

Pada set ketiga, Chen Long yang tampak lebih berkeyakinan selepas menyamakan kedudukan tidak berdepan masalah menewaskan Zii Jia 21-5 dalam masa 20 minit.

Rekod pertemuan kedua-dua pemain itu sebelum ini terikat 2-2 yang menyaksikan perlawanan terakhir pada kejuaraan Seluruh England dimenangi 21-12, 21-18 oleh pemain berusia 23 tahun berkedudukan ranking kelapan dunia tersebut.

Artikel Berkaitan: