Mayat pesara polis ditemui dalam kebun getah

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - Kehilangan seorang pesara polis di Kampung Peralla di sini akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui di kebun getah dekat kediamannya di sini pagi ini.

Mayat Saharudin Mohd@Sulaiman, 56, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 10 pagi.

Seorang penduduk Zamzuri Ariffin berkata, mangsa dikatakan keluar ke kebun getah miliknya dan tidak ditemui beberapa hari hingga kehilangannya menjadi tanda tanya.

"Dia pada kebiasaannya akan singgah di kedai kopi di kawasan kampung dan bersembang.

"Namun hari ini mayatnya ditemui dan mungkin dia telah meninggal dunia beberapa hari lalu," katanya yang menyerahkan kes terbabit kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Menurut Suzaimi, mangsa mengalami masalah kesihatan dan sering sakit.

"Kita klasifikasikan kes terbabit sebagai kes mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang kejadian jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: