Tiga PPV integrasi dibuka di Perak

Mohd Akmal melawat Poliklinik WeCare bagi menyaksikan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 di Ipoh.
Mohd Akmal melawat Poliklinik WeCare bagi menyaksikan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan membuka tiga lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi baharu pada Ogos ini.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, PPV terbabit akan dibuka di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim; Tzu Chi di Ipoh dan Kolej Multimedia di Taiping.

"Berdasarkan jumlah vaksin, kita akan membuka tiga PPV integrasi pada Ogos ini dan ia akan umumkan dari masa ke masa.

"Sebanyak 33,000 dos vaksin diberikan setiap hari. Pembukaan PPV akan bertambah sekali gus merancakkan lagi program vaksinasi ini," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat Program Imunisasi Covid-19 di Poliklinik WeCare di Jelapang di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Akmal turut menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang meskipun jumlah kes positif Covid-19 terus meningkat di negeri itu.

"Rakyat tidak perlu berasa bimbang dengan jumlah kes yang makin tinggi kali ini kerana ujian calitan dijalankan secara besar-besaran terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Cuma rakyat diingatkan untuk selalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: