X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Lima kluster baharu dikesan di Sarawak

Foto 123RF
A
A

KUCHING - Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak dengan empat daripadanya melibatkan kluster komuniti, manakala satu lagi adalah kluster tempat kerja menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini sebanyak 78.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, empat kluster komuniti berkenaan ialah Kluster Kampung Paya Mebi, Kluster Kampung Quop, Kluster Kampung Senari, Kluster Telaga Air, sementara kluster tempat kerja ialah Kluster Sungai Mangga.

“Kluster Kampung Paya Mebi melibatkan penduduk sebuah kampung di Jalan Landeh di Kuching dengan 21 kes positif dikesan termasuk kes indeks, hasil 29 ujian saringan yang dilakukan.

“Kluster Kampung Quop pula melibatkan penduduk di Jalan Kampung Quap, Batu 10, Kota Padawan di Kuching dengan 12 individu didapati positif termasuk kes indeks, hasil ujian saringan dilakukan terhadap 19 individu.

“Sementara itu Kluster Kampung Senari melibatkan penduduk di sebuah kampung di Jalan Kampung Senari, Jalan Bako di Kuching dengan 25 kes positif termasuk kes indeks dan 39 masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kluster Telaga Air di Kuching pula melibatkan penduduk beberapa buah rumah persendirian di Jalan Kampung Telaga Air, Petra Jaya dengan 34 kes positif daripada 35 ujian saringan yang dilakukan.

Menurut kenyataan itu, kluster tempat kerja pula melibatkan kluster Sungai Mangga membabitkan pekerja dan penghuni rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan Sungai Mangga dengan 55 didapati positif hasil 160 ujian saringan.

Pada Khamis, Sarawak mencatatkan sebanyak 582 kes baharu Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!