Pas berdiri teguh bersama Muhyiddin

Kiri: Tuan Ibrahim, kanan: Muhyiddin
Kiri: Tuan Ibrahim, kanan: Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM – Pas menegaskan parti itu berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh kabinet.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Pas menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

UMNO sebelum ini meminta Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan masing-masing meletakkan jawatan secara terhormat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu amat kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan: