X

Kindly register in order to view this article
!

Gesa Muhyiddin letak jawatan, UMNO tarik sokongan

ABDUL AZIZ
A
A

KOTA KINABALU - Pemuda UMNO Sabah kesal tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menurut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentangkan Ordinan Darurat 2021 di Parlimen.

Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata, titah Yang di-Pertuan Agong mudah iaitu Ordinan-Ordinan Darurat 2021 dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru, Pemuda UMNO Sabah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mendesak ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) yang secara sewenang-wenang tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong pada 24 Julai lalu merupakan satu pencabulan Perlembagaan negara.

"Selain itu, Pemuda UMNO Sabah selari dengan asas dan tujuan penubuhan UMNO mengikut Fasal 3 Perlembagaannya iaitu mendesak ahli Parlimen UMNO segera menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

"Kita juga mendesak menteri, timbalan menteri dan pengerusi Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) UMNO untuk mendukung titah Seri Paduka Baginda dengan meletak jawatan serta-merta," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!