X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Dua kemalangan maut dalam tempoh tujuh jam

A
A

GEORGE TOWN - Dua kemalangan maut berlaku di sini dalam tempoh tujuh jam melibatkan dua penunggang motosikal, satu daripadanya melibatkan kes langgar lari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang hari ini berkata kemalangan pertama berlaku kira-kira pukul 11.50 malam tadi melibatkan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Srihati Achmadi, 41, di susur keluar Gelugor dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

“Mangsa meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang pemandunya dipercayai melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian,” katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal, Md Sajen Shekh, 35, cedera parah dilanggar kereta yang sama yang bernombor pendaftaran PJX4553 dan Che Zaimani meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil memberi keterangan.

Dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki tempatan, Mohammad Akif Aiman Abdul Malek, 20, dari Kupang, Kedah, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan bertembung dengan sebuah treler.

Che Zaimani berkata kemalangan itu berlaku di Jalan Tetembok kira-kira pukul 6.45 pagi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!