PKR Johor buat laporan polis terhadap Takiyuddin

Jimmy (dua dari kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru pada Khamis.
Jimmy (dua dari kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan semua menteri kabinet yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan undang-undang negara.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse membuat laporan itu di Balai Polis Sentral di sini pada Khamis dan menggesa siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu itu mendakwa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta memperlekehkan perlembagaan negara.

"Jelas kerajaan PN berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Malaysia.

"Apa yang dilakukan PN sekarang ialah peristiwa hitam yang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Justeru, Jimmy berkata, Muhyiddin dan seluruh jemaah menteri tanpa pilihan wajib meletakkan jawatan serta-merta.

Artikel Berkaitan: