China pecah rekod Olimpik acara 200m kuak kupu-kupu wanita

Zhang Yufei
Zhang Yufei
A
A
A

TOKYO - Perenang China, Zhang Yufei meraih pingat emas dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita pada Khamis, lapor Xinhua.

Zhang, mendahului dengan catatan masa dua minit dan 03.86 saat sekali gus merangkul emas dan memadam rekod Olimpik rakan senegara, Jiao Liuyang di London 2012 kurang 0.2 saat.

Ini adalah pingat kedua buat perenang berusia 23 tahun, setelah menduduki tangga kedua acara kuak kupu-kupu 100m awal minggu ini.

Perenang Amerika Syarikat Regan Smith (2:05.30) dan Hali Flickinger (2: 05.65) masing-masing meraih perak dan gangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan: