Annuar Musa dakwa tindakan kerajaan betul, teratur

Annuar
Annuar
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mempertahankan tindakan kerajaan memaklumkan kepada Parlimen mengenai pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin.

Menurut beliau, tindakan itu betul dan teratur kerana mengikut aspek perundangan.

“Itu betul. Jelas. Bukan itu saja. Ada lagi dalam keseluruhan proses pembatalan (revocation) tersebut namun perlu juga difahami, semua proses tersebut hanya bermula dengan keputusan kerajaan iaitu yang dibuat oleh kabinet.

“Memaklumkan keputusan kerajaan kepada Parlimen ada betul, wajar dan 'proper',” ciapnya di Twitter milik beliau pada Khamis.

Dalam ciapan sama, beliau turut berkongsi laporan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insight berhubung kerajaan perlu mendapatkan tandatangan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membatalkan darurat dan ordinannya.

Pada Rabu, Annuar mempertahankan keputusan pembatalan enam Ordinan Darurat lebih awal daripada tarikh tamat Proklamasi Darurat pada 1 Ogos.

Tegasnya, proses pembatalan Ordinan Darurat yang dilaksanakan kerajaan ketika ini mengikut proses teknikaliti yang berlandaskan aspek perundangan sewajarnya.

Sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pelaksanaan beberapa ordinan sepanjang tempoh Proklamasi Darurat antaranya Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu); Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah) (pindaan) 2021.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021, turut dilaksana dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.