Johor salur RM50,000 kepada 56 ADUN

Hasni
Hasni
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan menyalurkan peruntukan tambahan RM50,000 kepada setiap 56 Ahli Dewan Undangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 27 Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) bagi membantu meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pemberian peruntukan tambahan itu melibatkan kos keseluruhan RM4.15 juta.

"Saya berharap semua wakil rakyat dan JPKD dapat memberikan bantuan kepada lebih ramai rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang masih membelenggu sehingga kini.

"Peruntukan ini bertujuan melancarkan lagi pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut Hasni, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 1.0 sebelum ini dalam kerajaan negeri turut memberikan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada semua 56 ADUN.

"Dalam Belanjawan Johor 2021 yang saya bentangkan tahun lalu, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sebanyak tiga kali ganda, iaitu daripada RM50,000 menjadi RM150,000," katanya.

Artikel Berkaitan: