Sesi petang Dewan Rakyat tangguh lagi

Sesi persidangan Dewan Rakyat pada sebelah petang sekali lagi ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang. -Foto Fail Bernama
Sesi persidangan Dewan Rakyat pada sebelah petang sekali lagi ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang. -Foto Fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ketika suhu Dewan Rakyat masih panas susulan kenyataan Istana Negara, sesi persidangan pada sebelah petang sekali lagi ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang.

Dimaklumkan, penangguhan dibuat kerana kesemua ahli Parlimen perlu menjalani ujian saringan Covid-19 berikutan dikhuatiri berlaku penularan jangkitan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pemakluman mengenai kebimbangan penularan itu diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tengah hari tadi.

Katanya, dua kes terlibat termasuk seorang petugas parlimen yang telah hadir ke Parlimen sejak Isnin hingga Rabu.

“Kes kedua pula dikesan positif pada 29 Julai (hari ini) semasa saringan kendiri di Parlimen.

“Penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal mendapati kedua-dua kes tersebut telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh tersebut.

“Sehubungan itu dipohon saringan gejala dan ujian saringan pengesahan Covid-19 dijalankan ke atas semua yang hadir dan berada di Parlimen termasuk semua ahli Parlimen, pegawai Parlimen dan pekerja-pekerja,” katanya pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Khamis.

Mohd Rashid berkata, tiada siapa yang dibenarkan keluar dari kompleks Parlimen sehingga keputusan saringan diperolehi.

Artikel Berkaitan:

“Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang,” katanya.