X

Kindly register in order to view this article
!

17,170 individu disahkan positif Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 17,170 individu disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya pada Rabu memaklumkan, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi dengan 7,163 orang positif Covid-19.

Berdasarkan data, majoriti negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes iaitu Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582), Pulau Pinang (554) dan Terengganu (437).

Sementara itu, beliau berkata Putrajaya mencatatkan 84 kes manakala Labuan dan Perlis masing-masing 11 dan 10 kes.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,078,646," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!