Pematuhan SOP di Kelantan makin menurun

Dr Izani dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas JKKN Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, pada Khamis.
Dr Izani dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas JKKN Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan meminta supaya rakyatnya tidak mengabaikan langkah penjagaan kendiri bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal dengan baik memandangkan terdapat laporan mengatakan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) semakin berkurangan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Hussin berkata, dengan jumlah angka jangkitan semasa yang semakin menaik, langkah-langkah penjagaan kendiri tidak boleh dilupakan.

"Kami mendapat laporan daripada pihak penguat kuasa mengatakan pematuhan terhadap SOP semakin berkurangan sekarang ini. Daripada pengalaman saya, semasa melakukan tinjauan di beberapa pasar basah di negeri ini, saya akui pematuhan SOP sangat tidak terjaga.

"Ada individu yang tidak memakai pelitup muka dan tidak membasuh tangan serta tidak menjaga penjarakan sosial (fizikal)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, pada Khamis.

Menurut Izani, sepatutnya rakyat Kelantan menggunakan peluang sebaik mungkin bagi memastikan negeri berkenaan berjaya untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya lagi, kerjasama mematuhi SOP adalah penting bagi memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan apatah lagi dengan kewujudkan varian Delta ketika ini.

"Jangan jadi penyebar. Sama-sama tolong diri untuk selamat. Bukan tolong kerajaan tapi tolong diri sendiri dan orang di sekeliling dengan mematuhi SOP ini.

Artikel Berkaitan: