Makkal Sakti mahu jadi parti komponen BN

Saravana Kumar (dua dari kiri) menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris. Turut kelihatan Mustafa (kiri) dan Abu Ubaidah (kanan).
Saravana Kumar (dua dari kiri) menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris. Turut kelihatan Mustafa (kiri) dan Abu Ubaidah (kanan).
A
A
A

SEREMBAN - Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berharap parti Barisan Nasional(BN) dapat menjadikan mereka sebagai parti komponen.

Naib Presidennya, Datuk V Saravana Kumar berkata, permohonan sebagai salah satu parti komponen BN telah lama dibuat, namun masih belum ada sebarang keputusan mengenainya.

"Perbincangan sudah lama dibuat dan kita telah menyerahkan banyak memorandum pada Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan sebelum ini dan paling terdekat pada dua bulan lalu

"Kami telah menunjukkan kesetiaan sejak dahulu lagi. Walaupun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN kalah tetapi kami tetap setia bersama BN kerana itu adalah polisi kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan barangan keperluan di Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim dan Ketua UMNO Cawangan Ampangan Barat, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Mengulas lanjut, Saravana Kumar berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi meluahkan isi hati parti berhubung perkata itu.

Katanya, Makkal Sakti tidak mahu berterusan sekadar menjadi parti gabungan BN sebaliknya berhasrat dijadikan sebagai parti komponen.

Artikel Berkaitan:

"Dengan menjadi parti komponen BN, Makkal Sakti akan terima lebih banyak keistimewaan dan kemudahan yang kami boleh beri kepada masyarakat.

"Dahulu kami (Makkal Sakti) parti yang menjadi rakan kepada BN tapi selepas PRU14, banyak parti tinggalkan BN dan kami sehingga kini masih menunjukkan kesetiaan," katanya.