1.12 juta kotak nasi percuma untuk rakyat Malaysia

Agihan nasi berlauk dilakukan secara pandu lalu dengan orang ramai beratur di atas motosikal untuk mengambil makanan.
Agihan nasi berlauk dilakukan secara pandu lalu dengan orang ramai beratur di atas motosikal untuk mengambil makanan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 1.12 juta kotak nasi berlauk bernilai RM4.5 juta diberikan secara percuma oleh Yayasan Usahawan Sosial Malaysia (MSEF) kepada rakyat terjejas Covid-19 di seluruh negara ini bermula pada Khamis.

Timbalan Pengerusi MSEF, Datuk Chan Wah Kiang berkata, sejumlah RM3 juta dana diperuntukkan oleh MSEF manakala selebihnya diperoleh daripada sumbangan pelbagai pihak menerusi Program Free Meal selama sebulan dengan slogan ‘lapar dahaga sama dirasai, makan minum sama dikongsi’.

Menurutnya, sebanyak 100 restoran di seluruh negara yang terlibat dalam penyediakan makanan berupa ‘lunch box’ dan ‘dinner box’ yang akan diagihkan kepada golongan terbabit setiap hari.

“Sebagai contoh di Kelantan empat lokasi pengagihan dilakukan antaranya di Restoran Sri Chengmai di Sri Cemerlang dengan 200 bungkusan akan diberikan pada setiap hari.

“Individu yang memerlukan terutama daripada golongan B40 boleh mengambil nasi berlauk ini secara percuma dengan maksimum dua kotak setiap orang,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Swim Him (kanan) dan Pooi Shin (dua dari kiri) menunjukkan kotak nasi yang diagihkan secara percuma di hadapan Restoran Sri Chengmai di Sri Cemerlang pada Khamis.
Swim Him (kanan) dan Pooi Shin (dua dari kiri) menunjukkan kotak nasi yang diagihkan secara percuma di hadapan Restoran Sri Chengmai di Sri Cemerlang pada Khamis.

Hadir sama pemilik restoran, Tan Swim Him dan Pengurus Latihan Eco Shop Kubang Kerian, Tan Pooi Shin.

Agihan di hadapan Restoran Sri Chengmai dilakukan setiap hari melalui dua sesi pada jam 11.30 pagi dan 5.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Swim Him pula berkata, pihaknya berbesar hati kerana terpilih untuk membantu golongan yang memerlukan ketika negara diancam pandemik Covid-19.

“Peniaga seperti kami sendiri turut terjejas pendapatan perniagaan sehingga 70 peratus namun masih ada yang lebih teruk dan perlu dibantu.

“Setiap kotak nasi bernilai RM4 dengan menu lauk ayam, daging atau ikan yang akan diselang-seli,” katanya.