Covid-19: Kerajaan belanjakan RM530 bilion
KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan RM530 bilion menerusi lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi susulan penularan pandemik Covid-19.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM305 bilion dibelanjakan iaitu 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lalu.
“Ini merupakan antara kadar terbesar berbanding pakej-pakej rangsangan negara lain seperti Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Saya akui, cabaran terbesar dalam menangani krisis ini ialah mengimbangi pelbagai keperluan dengan sumber kewangan negara yang terhad.
“Kami perlu mengimbangi antara menyelamatkan nyawa dan melindungi mata pencarian antara pelbagai keperluan sektor dan perusahaan. Pastinya mengimbangi keperluan mendesak hari ini dan menjaga kepentingan generasi akan datang,” katanya di Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Khamis.
Tambah beliau, Kementerian Kewangan melakukan pertimbangan terbaik terhadap kewajaran sesuatu perkara sebelum meluluskan sebarang peruntukan.
“Kami cuba mencari penyelesaian paling optimum bagi krisis ini (Covid-19) supaya masa depan negara terus terpelihara serta kedudukan ekonomi dan fiskal kerajaan masih stabil apabila keluar dari kancah krisis ini kelak,” katanya.
Titah tambahan di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
'Orang Melayu biasa guna bawang berbanding kaskas' - Sanusi
Bekalan beras mencukupi, orang ramai tidak perlu bimbang
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
'King' tersangkut hujung jambatan, pemandu positif dadah
Puluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah
Indonesia cipta kejutan tumbangkan Australia
Peluru berpandu terkena sebuah tapak di Isfahan, Iran