X

Kindly register in order to view this article
!

Pendapatan Glomac meningkat 49 peratus

Jualan baharu produk hartanah Glomac pada Tahun Kewangan 2021 menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mencapai nilai RM231 juta. Gambar hiasan: Ilustrasi artis produk hartanah Glomac di Saujana KLIA. Gambar kecil: Fateh Iskandar
A
A

SHAH ALAM - Pemaju perumahan terkemuka, Glomac Berhad (Glomac) melaporkan prestasi kewangan yang kukuh apabila merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 49 peratus daripada RM245.8 juta kepada RM366.3 juta bagi Tahun Kewangan 2021 (TK2021) yang berakhir 30 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata, keuntungan kasar syarikatnya bagi tempoh yang sama turut menunjukkan kenaikan sebanyak 27 peratus daripada RM89.3 juta kepada RM113.7.

Katanya, pertumbuhan memberangsangkan itu dipacu oleh kerancakan aktiviti pembinaan selepas kelonggaran sekatan pergerakan yang membolehkan pelaksanaan beberapa projek seperti Saujana Perdana di Bandar Saujana Utama, [email protected] Jaya, Saujana Rawang dan 121 Residences.

“Bagi suku keempat TK 2021 pula, pendapatan Glomac melonjak 98 peratus kepada RM115.4 juta manakala untung sebelum cukai meningkat kepada RM20.9 juta berbanding kerugian RM5 juta yang direkodkan untuk suku yang sama tahun lepas.

“Keuntungan pendapatan Glomac juga dijangka kukuh dan disokong oleh jualan belum dibil berjumlah RM578 juta,” katanya ketika memberikan taklimat Laporan Kewangan Suku Tahun Ke-4 2021 Glomac yang diadakan secara maya pada Rabu.

Fateh Iskandar berkata, kedudukan kewangan syarikat dilihat tetap teguh dengan pegangan tunai dan deposit berjumlah RM218.2 juta

Menurutnya, dengan nilai saham Glomac yang berada pada paras RM1.45 sesaham, lembaga pengarah mencadangkan pembayaran dividen sebanyak satu sen sesaham untuk TK 2021.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jualan baharu syarikatnya pada TK2021 turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mencapai sebanyak RM231 juta meskipun produk hartanah yang dilancarkan pada tempoh yang sama hanya bernilai RM195 juta selepas mengambil kira kekangan pandemik Covid-19.

“Jualan baharu itu didorong oleh kadar pembelian yang kukuh bagi produk fasa baharu yang dilancarkan pada TK2021.

“Rumah teres dua tingkat dilancarkan di Saujana Perdana, Selangor mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran dengan Tresna Trianda dan Mawar Sari masing-masing mencatatkan jualan lebih 90 peratus manakala kediaman di Dahlia Sari sudah dijual sebanyak 60 peratus,” jelasnya.

Katanya, pencapaian jualan itu turut disokong oleh kombinasi strategik tawaran produk yang sesuai di samping pelaksanaan strategi pemasaran digital bagi menyokong strategi jualan konvensional.

Dari segi operasi, Fateh Iskandar berkata, Glomac berjaya menyiapkan kerja pembinaan dan penyerahan kunci kepada pembeli kediaman di Tresna Teruntum dan Saujana Perdana pada April lalu.

“Ini sekali gus membuktikan kekuatan operasi Glomac dan ia merupakan satu pencapaian yang sangat baik dengan mengambi kira impak yang dihadapi oleh aktiviti pembinaan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya.

Dalam jangka masa panjang, beliau berkata, Glomac akan meneruskan pelancaran produk baharu secara strategik melalui portfolio pembangunan yang kukuh dengan potensi nilai pembangunan kasar mencecah RM8 bilion.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!