Kadar vaksinasi melebihi 500,000 dos tiga hari berturut-turut

Sebanyak 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan dilaksanakan di seluruh negara pada Rabu menjadikan ia hari ketiga berturut-turut Malaysia merekodkan pemberian vaksin harian melebihi 500,000 dos.
Sebanyak 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan dilaksanakan di seluruh negara pada Rabu menjadikan ia hari ketiga berturut-turut Malaysia merekodkan pemberian vaksin harian melebihi 500,000 dos.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan dilaksanakan di seluruh negara pada Rabu menjadikan ia hari ketiga berturut-turut Malaysia merekodkan pemberian vaksin harian melebihi 500,000 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin dalam laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu, seramai 353,771 individu menerima dos pertama dan 198,930 lagi melengkapkan dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari lepas adalah pada Selasa dengan 553,871 dos suntikan, manakala Isnin mencatatkan 521,923 dos.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 18,946,048 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat Rabu, meliputi 12,841,212 orang untuk dos pertama dan 6,104,836 bagi dos kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan: