Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan selepas berjaya menundukan lawanganya dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon di Mushashino Sports Plaza, pada Khamis. - Foto Bernama
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan selepas berjaya menundukan lawanganya dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon di Mushashino Sports Plaza, pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

GANDINGAN beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir acara badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-14, 21-17 di Plaza Sukan Mushashino sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang juga beregu ranking ke sembilan dunia ketika ini, mempamerkan aksi pantas pada set pertama sehingga membuatkan gandingan beregu Indonesia itu melakukan kesilapan gagi memastikan kemenangan beregu negara 21-14 dalam tempoh 11 minit.

Set kedua mula menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus mempamerkan aksi pantas namun beregu Indonesia dilihat cuba bangkit hingga berjaya menyamakan kedudukan mata 16-16 pada satu ketika. Bagaimanapun, semangat serta keazaman kental dipamerkan Aaron-Wooi Yik bagi menamatkan permainan 21-17 dalam tempoh 19 minit.

Kemenangan berkenaan sekali gus menamatkan rentetan kekalahan tujuh kali berturut-turut gandingan beregu negara kepada beregu Indonesia berkenaan, sebelum ini.

Berdasarkan undian, Aaron-Wooi Yik dijadualkan berdepan samada beregu ranking ke enam dunia dari China, Li Junhui-Liu Yuchen atau beregu ranking ke-12 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Sekiranya Aaron-Wooi Yik berjaya di separuh akhir, mereka juga berkemungkinan berpeluang untuk kembali berdepan dengan beregu ranking nombor dua dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan yang menewaskan mereka pada saingan peringkat Kumpulan D sebelum ini.

Artikel Berkaitan: