X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita hamil di Negeri Sembilan disaran daftar vaksin segera

Semua wanita hamil di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya mendaftar dan mengemas kini status peribadi di aplikasi MySejahtera bagi pengambilan vaksin Covid-19. Gambar kecil: Veerapan
A
A

SEREMBAN - Semua wanita hamil di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya mendaftar dan mengemas kini status peribadi di aplikasi MySejahtera bagi pengambilan vaksin Covid-19.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, bagaimanapun, hanya wanita hamil yang memasuki usia kandungan 14 hingga 33 minggu sahaja dibenarkan pengambilan vaksin.

Usia kandungan yang kurang 14 atau melebihi 33 minggu dinasihati supaya menerima vaksin selepas bersalin.

"Saya nasihat supaya ibu-ibu hamil mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing berkenaan vaksin ini.

"Golongan ibu mengandung merupakan antara golongan yang berisiko tinggi apabila mendapat jangkitan Covid-19, terutamanya sekarang ini Negeri Sembilan berdepan dengan gelombang penularan kes Covid-19 yang tinggi.

"Kesihatan ibu hamil adalah tanggungjawab bersama, maka Hospital Tunku Jaafar Seremban telah menyediakan unit rawatan rapi bagi pesakit ibu hamil yang positif Covid-19 agar mereka pulih dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Veerapan, masih ada wanita hamil yang antivaksin, enggan mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Katanya, perkara ini akan membawa risiko tinggi terhadap kesihatan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan kelak.

"Keputusan pengambilan vaksin ini tertakluk kepada individu, maka pihak hospital hanya mampu memberikan nasihat dan menghuraikan kebaikan vaksin semasa pandemik ini, namun keputusannya terpulang kepada mereka sendiri," katanya.

Mengikut rekod, di Negeri Sembilan terdapat lebih 900 wanita hamil yang telah mendaftar, dan dianggarkan seramai 30 orang bakal menerima vaksin mulai minggu hadapan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!