Cal Crutchlow sahut cabaran Petronas SRT

Cal Crutchlow. Foto: Petronas SRT
Cal Crutchlow. Foto: Petronas SRT
A
A
A

JUARA MotoGP tiga kali, Cal Crutchlow keluar daripada persaraannya selepas bersetuju untuk berlumba untuk Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi menggantikan Franco Morbidelli yang cedera untuk tiga perlumbaan selepas ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, pelumba Britain berusia 35 tahun itu akan mengambil bahagian dalam dua Grand Prix (GP) di Austria dan GP British di Silverstone.

Crutchlow bukan asing kepada jentera MotoGP Yamaha kerana beliau memulakan kariernya dalam kelas premier pada 2011 bersama pengeluar Jepun itu dan selama tiga musim bersama Yamaha dari 2011 hingga 2013, sebelum menjadi penunggang pandu uji rasmi Yamaha selepas beliau bersara.

“Ia suatu yang baik untuk kembali berlumba untuk Yamaha tahun ini sebagai pemandu uji rasmi dan dapat untuk menyertai apabila diperlukan, yang baik untuk semua. Saya tidak sabar untuk menunggang untuk Petronas Yamaha SRT pada tiga pusingan GP ini.

“Ia bukanlah situasi yang terbaik dan saya doakan agar Franco pulih dengan baik, dan saya berharap beliau akan kembali lebih baik selepas pembedahan lutut. Saya percaya beliau mampu lakukannya kerana beliau telah berlumba dengan baik untuk dua tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Prinsipal pasukan Razlan Razali berkata, ia merupakan satu keputusan bersama antara Yamaha dan Petronas SRT untuk memilih Crutchlow bagi mengisi tempat Morbidelli pada ketika penunggang Itali itu pulih daripada kecederaan lututnya.

“Cal (Crutchlow) adalah penunggang berpengalaman, yang merupakan pelumba ujian untuk Yamaha. Sebagai satu pasukan bebas, ini merupakan satu cara kami boleh bantu Yamaha. Beliau akan dapat memberikan batuan yang bagus untuk M1 kami, yang akan dapat membantu beliau dalam ujiannya dan pembangunan untuk Yamaha.

“Cal akan menggantikan Franco untuk tiga perlumbaan seterusnya dan kami tidak mempunyai sebarang sasaran untuknya dari segi keputusan. Kami akan lakukan yang terbaik untuk menyokong beliau dan buatkan beliau selesa bersama pasukan. Beliau telahpun biasa dengan beberapa orang utama dalam pasukan, sesuatu yang akan dapat membantu, dan saya percaya beliau akan menyahut cabaran yang ada,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Crutchlow bersara sebagai penunggang MotoGP sepenuh masa musim lepas, selepas memenangi tiga kejuaraan untuk Honda daripada 2015 sehingga 2020. - Bernama