Jadi isteri serba boleh

Izzue Islam dan isteri
Izzue Islam dan isteri
A
A
A

BARU-baru ini pelakon dan penyanyi Izzue Islam ada memuat naik sedutan video isterinya, Awin memandu lori di Instagram (IG) miliknya dan turut meninggalkan kapsyen.

"Pemandu lori untuk disewa... Sesuai tak pakai tajuk ini untuk drama? Ke ada tajuk lain? @awinnurin," tulis

Rata-rata pengikut memuji kemahiran isteri pelakon tersebut Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Awin yang serba boleh itu.

Malah ada juga menyarankan agar mencontohi Izzue Islam dalam mencari calon isteri serba boleh.

No Image Caption



Foto Instagram Izzue Islam
Foto Instagram Izzue Islam

Perkongsian itu turut mendapat lebih 227,000 'views'.

"Patut suka kakak Awin dan tak pandang rupa, sebab kakak Awin ini perempuan yang hebat, sangat berdikari dan serba boleh... Comel pun comel bila dipandang dengan ikhlas... Semoga kekal ke jannah dan diberikan zuriat yang soleh solehah nanti," tulis cik_saf.

Artikel Berkaitan:

"Bertuah izzue kahwin dengan Awin... serba boleh gitu," tulis norazlina_zakaria_ina.

"Nak cari isteri...cari isteri yang serba boleh...huhu... Apa-apa pun dia boleh buat," tulis lovi_shahirah.

"Suka tengok kakak ... Comel sangat," tulis farah_farlirna

"Semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki," tulis solusi.kurus.sihat.

Izzue Islam dan Awin bernikah pada 2 Jun 2013 selepas berkenalan dan bercinta selama enam tahun.

Awin merupakan pengurusnya sejak dia berjinak dalam dunia lakonan sehingga sekarang.

Meskipun perkahwinan mereka belum dikurniakan cahaya mata namun mereka antara pasangan bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab ALLAH bagi lambat: Izzue Islam