X

Kindly register in order to view this article
!

Hasil kajian medium tambah baik persepsi, pengetahuan mahasiswa

Norhaflinda ketika sesi Sinar Live pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Pembentangan hasil kajian soal selidik mengenai tingkah laku rasuah dalam kalangan mahasiswa diharap menjadi medium anjakan paradigma dalam menambah baik persepsi dan pengetahuan mereka.

Pegawai integriti bertauliah, CEO Mahasiswa Kedoktoran Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Norhaflinda Mohd Sahabuddin berkata, data daripada hasil soal selidik itu bertujuan memberi maklum balas dalam menyediakan panduan kepada mereka pada masa depan.

“Jika kita lihat bahawa mahasiswa merupakan generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang.

“Sehubungan itu pada hari ini, Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) telah diberi peluang menjalankan kajian untuk mengenal pasti persepsi, tingkah laku dan kecenderungan mahasiswa. Kajian ini adalah untuk melihat maklum balas dan respons yang diberikan oleh mahasiswa institut pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa’ pada Rabu.

Dalam pada itu, Norhaflinda berkata, objektif YARM adalah untuk mendidik masyarakat tentang rasuah di semua peringkat sama ada golongan muda atau tua.

Menurutnya, hala tuju YARM adalah untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras gejala rasuah di peringkat akar umbi.

Sepanjang tujuh tahun penglibatannya, YARM telah banyak menganjurkan program dan sumbangan.

Antaranya adalah penerbitan buku perjuangan Mat Ana: Perjuangan Menentang Rasuah serta buletin YARM yang pernah diterbitkan pada tahun 2015.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!