YouTube pilihan majoriti rakyat Malaysia waktu Covid-19

YouTube dilaporkan menjadi pilihan utama rakyat negara ini untuk mengisi kekosongan waktu akibat terperuk di rumah susulan pelaksanaan PKP di seluruh negara.
YouTube dilaporkan menjadi pilihan utama rakyat negara ini untuk mengisi kekosongan waktu akibat terperuk di rumah susulan pelaksanaan PKP di seluruh negara.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Suasana wabak Covid-19 yang menyekat pergerakan menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menghabiskan masa di rumah sejak November 2020, terutamanya pada hujung minggu.

Situasi tersebut telah menyebabkan majoritinya cenderung menghabiskan masa dengan menonton rancangan kegemaran menerusi platform pilihan masing-masing.

Antara platform yang menjadi pilihan mereka ialah TV, YouTube, Netflix, Viu, iflix, Rakuten Viki dan Amazon Prime.

Bagaimanapun, YouTube dilaporkan menjadi pilihan utama rakyat negara ini untuk mengisi kekosongan waktu akibat terperuk di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Rakuten Insight, seramai 75 peratus rakyat di negara ini memilih menggunakan platform perkongsian video berkenaan sepanjang penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, TV mencatatkan peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 48 peratus diikuti oleh Netflix (35 peratus).

Sementara platform lain seperti Viu, iflix, Rakuten Viki dan Amazon Prime mencatatkan peratusan rendah di bawah 15 peratus.

Kecenderungan rakyat Malaysia menonton YouTube dan TV itu kerana kedua-dua platform berkenaan tidak mengenakan sebarang bayaran berbanding platform lain.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rakuten Insight turut mengemukakan data berhubung kekerapan rakyat Malaysia terhadap aktiviti berbelanja online ketika Covid-19.

Bagaimanapun, dapatan firma penyelididkan itu mendedahkan rakyat Malaysia bukanlah kalangan mereka yang ‘gila’ berbelanja secara dalam talian.

Angka dikemukakan menunjukkan rakyat Malaysia masih berada dalam kesederhanaan ketika berbelanja secara dalam talian.

Jumlah mereka yang berbelanja dalam talian hampir setiap hari jauh lebih rendah berbanding India yang mencatatkan sebanyak 16 peratus, Indonesia (17 peratus) dan Thailand (18 peratus).

Namun, jumlah mereka yang berbelanja secara mingguan dan bulanan agak tinggi berbanding India, Thailand, Filipina, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Sungguhpun begitu, pembelian secara dalam talian di Malaysia dilaporkan berkembang dengan pesat dalam tempoh penularan Covid-19 sejak 2020.