Rasuah politik sangat serius

Akmar Hayati pada program Sinar Live bertajuk ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Akmar Hayati pada program Sinar Live bertajuk ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan mahasiswa berpandangan amalan rasuah dalam politik di negara ini berada pada tahap sangat serius berbanding sektor utama lain.

Berdasarkan hasil kaji selidik Institut Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengikut sektor itu, mahasiswa memberikan skor tertinggi kepada politik sebanyak 91.4

Sektor Parlimen di kedudukan kedua tertinggi dengan skor 84.5 diikuti agensi penguatkuasaan (82.4) dan awam (81.1).

Bagi skor keseluruhan rasuah di Malaysia, seramai 2,254 responden dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dalam kajian secara atas talian sejak Mac lalu itu meletakkan negara pada skor tahap serius iaitu 82.3.

Pensyarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Akmar Hayati Abdul Ghazali berkata, dapatan pertama kajian merekodkan 525 responden bersetuju punca individu terlibat rasuah adalah disebabkan faktor kewangan, ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.

Menurutnya, seramai 310 responden dalam itu berpandangan desakan hidup sebagai punca terjebak dalam rasuah.

“Bagaimanapun, apa yang terjadi kebimbangan kami para penyelidik adalah dengan dapatan yang ketiga. Walaupun rendah tetapi pihak tertentu harus mengambil kira data ini.

“Seramai 265 responden menyatakan bahawa punca rasuah dalam kalangan mahasiswa adalah kerana mempunyai jawatan, kuasa dan kedudukan dalam majlis perwakilan pelajar serta persatuan,” katanya ketika menjadi panelis pada program Sinar Live bertajuk ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Program Sinar Live anjuran Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) tersebut turut menampilkan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan mantan Majistret Firdaus Ramlan.

Kaji selidik itu dibentangkan oleh pegawai integriti bertauliah, CEO Mahasiswa Kedoktoran Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Norhaflinda Mohd Sahabuddin dan cendekiawan daripada Institut Pengajian Sains Sosial UPM iaitu Profesor Madya Dr Hanina Hamsan dan Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman.