Lee Zii Jia teruskan kemaraan

Zii Jia FOTO: AFP
Zii Jia FOTO: AFP
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum positif pada kempen pemburuan pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan bintang Perancis, Brice Leverdez perlawanan terakhir Kumpulan M sebentar tadi.

Pada perlawanan di Musashino Forest Sport Plaza tersebut, pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar itu yang tampil dengan reputasi juara Seluruh England mengambil masa 35 minit untuk menewaskan pemain berusia 35 tahun kelahiran La Garenne-Colombes berkenaan straight set.

Pada set pertama, Zii Jia berkedudukan tangga kelapan dunia menang 21-17 dalam perlawanan yang mengambil masa 19 minit sebelum meneruskan momentum cemerlang ke atas pemain berstatus ranking ke-36 dunia pada set kedua dalam tempoh 19 minit untuk kemenangan 21-5.

Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia bakal berdepan dengan pemain nombor enam dunia dari China, Chen Long pada pusingan berikutnya selepas bintang Tembok Besar tersebut menewaskan pemain Sepanyol, Abian Pablo straight set 21-11, 21-10 dalam masa 45 minit dalam aksi Kumpulan N.

Artikel Berkaitan: