Kwang-hee tunjukkan Momota jalan keluar

Kento Momota Foto AFP
Kento Momota Foto AFP
A
A
A

HASRAT pemain nombor satu dunia, Kento Momota untuk meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar pemain bukan pilihan dari Korea Selatan, Heo Kwang-hee dalam aksi Kumpulan A sebentar tadi.

Pada aksi pusingan pertama acara badminton perseorangan lelaki di Musashino Forest Sport Plaza tersebut, Kwang-hee kelahiran Daejeon itu hanya mengambil masa 52 minit untuk kemenangan straight set ke atas bintang dunia berusia 26 tahun dari Kagawa tersebut.

Kwang-hee meraikan kejayaan menyingkirkan Momota pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza. - Foto AFP
Kwang-hee meraikan kejayaan menyingkirkan Momota pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza. - Foto AFP

Pada set pertama, Kwang-hee menang 21-15 sebelum melenyapkan terus impian pemburuan pingat emas pada penampilan pertama pemain tuan rumah di pentas berprestij itu tersebut pada set kedua dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 29 minit.

Untuk rekod, kecundangnya Momota meneruskan rentetan episod duka dalam kalangan atlet berprofil tinggi Jepun seperti Naomi dan gimnas, Kohei Uchimura sebelum ini.

Artikel Berkaitan: