Duda cuba lolos PKPD ditahan bersama dadah

Seorang buruh ditahan bersama pelbagai jenis dadah, dipercayai cuba melarikan diri dari kawasan PKPD di Mukim Kuala Dungun.
Seorang buruh ditahan bersama pelbagai jenis dadah, dipercayai cuba melarikan diri dari kawasan PKPD di Mukim Kuala Dungun.
A
A
A

DUNGUN - Cubaan seorang duda melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Dungun di sini gagal apabila ditahan bersama pelbagai jenis dadah di tepi jalan Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, tindakan nekad lelaki berusia 30 tahun itu turut mengundang padah apabila dikenakan kompaun RM3,000 yang dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPD.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, semasa ditahan di lokasi, suspek yang bekerja sebagai buruh didapati sedang memegang satu beg kulit berwarna coklat hitam di tangan kanannya.

Baharudin
Baharudin

"Suspek yang semasa itu dilihat dalam keadaan mencurigakan dan sejurus ternampak anggota yang sedang membuat kawalan di lokasi, dia nekad untuk melarikan diri dari kawasan berkenaan sebelum berjaya ditahan.

"Pemeriksaan lanjut di dalam beg berkenaan menemui pelbagai jenis dadah termasuk pil yaba, heroin, syabu dan erimin 5 dengan anggaran kasar bernilai keseluruhan RM5,550 sebelum kesemua barangan salah itu dirampas untuk siasatan lanjut.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, suspek yang memiliki tujuh rekod jenayah lampau di bawah ADB 1952 itu positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

Jelas Baharudin lagi, tiga hari sebelum itu iaitu pada Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 30-an turut dikenakan tindakan kompaun sama yang dikeluarkan KKM kerana melakukan kesalahan serupa.

"Jadi sepanjang tempoh PKPD ini, dua individu dikenakan kompaun oleh KKM kerana kesalahan sama dan kedua-dua mereka adalah dalam senarai dikehendaki polis atas kesalahan jenayah dadah," katanya.

PKPD Mukim Kuala Dungun berkuat kuasa bermula pada 21 Julai hingga 3 Ogos ini melibatkan 13,974 penduduk daripada 2,898 buah rumah dan 10 lokaliti.

Lokaliti terlibat ialah Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Padang Jambu, Kampung Nibong, Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:PKPD Mukim Dungun: 5 SJR dibuka, 12 laluan tikus ditutup