Pelumba Slovenia menang emas lumba basikal ujian masa

Pelumba Slovenia, Primoz Roglic
Pelumba Slovenia, Primoz Roglic
A
A
A

PELUMBA Slovenia, Primoz Roglic memenangi emas menerusi acara berbasikal ujian masa individu kategori lelaki di Tokyo 2020 pada Rabu.

Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan saingan di laluan berbukit sejauh 44.2 kilometer dengan catatan masa 55 minit 04.19 saat sekali gus melayakkannya merangkul emas, menurut Xinhua.

Sementara itu, Tom Dumoulin dari Belanda meraih perak dengan catatan masa 56: 05.58 saat dan Rohan Dennis dari Australia di tempat ketiga dengan 56:08.09 saat.

Seramai 39 pelumba menyertai perlumbaan itu dan Ion Izagirre dari Sepanyol gagal menamatkan saingan. - Bernama

Artikel Berkaitan: