Cadangan penubuhan 13 PSSC diserahkan kepada Takiyuddin

Madius yang ditemani Noor Amin menyerahkan borang kepada Takiyuddin di pejabatnya, pada Selasa.
Madius yang ditemani Noor Amin menyerahkan borang kepada Takiyuddin di pejabatnya, pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Cadangan bertulis penubuhan 13 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sudah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Penyerahan itu disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada Selasa.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, sekumpulan 88 ahli Parlimen (G88) tidak dilantik dalam mana-mana jawatankuasa di Parlimen.

"Seramai 55 daripada mereka yang sempat dihubungi telah membuat satu kenyataan bersama meminta Parlimen supaya menubuhkan 13 lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau Parliamentary Special Select Committee (PSSC).

"Cadangan bertulis itu saya serahkan kepada Menteri Undang-undang yang mengurus tadbir Parlimen yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

"Secara prinsipnya beliau menerima baik cadangan tersebut dan membuat komitmen untuk memanjangkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada penyerahan itu, Madius ditemani Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Artikel Berkaitan: