X

Kindly register in order to view this article
!

10 lagi varian Delta dikenal pasti

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Terdapat 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 di negara ini telah dikenal pasti dan kesemuanya membabitkan varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) ialah sebanyak 439 kes.

"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, sebanyak 419 kes adalah VOC, manakala 20 kes merupakan VOI," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, bagi VOC, sehingga kini terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, Delta (199) dan Alpha (14).

"Bagi VOI pula, terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat), dan Etan (tiga)," jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Terengganu merekodkan kadar kebolehjangkitan (RT) tertinggi iaitu 1.30 melebihi nilai RT kebangsaan sebanyak 1.14.

Katanya, ia diikuti oleh Kelantan (1.27), manakala Johor, Sabah dan Kedah masing-masing merekodkan 1.23.

"Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan (0.98), Labuan (0.63) dan Perlis (0)," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!