Berjoget di hotel, polis panggil penganjur program

Individu di dalam video tersebut menari dan menyanyi tanpa memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial
Individu di dalam video tersebut menari dan menyanyi tanpa memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial
A
A
A

SHAH ALAM - Polis telah memanggil penganjur program yang berlangsung di sebuah hotel di sini susulan satu klip video tular di media sosial memaparkan peserta acara berkenaan berjoget tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati program tersebut diadakan sekitar bulan April lalu sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Dalam tempoh tersebut memang dibenarkan untuk mengadakan majlis dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun ada beberapa pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikesan dalam video tersebut, jadi kami jalankan siasatan,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar secara maya pada Rabu.

Menurutnya, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan oleh pihak polis sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian tersebut selepas menerima laporan daripada seorang individu yang terlihat klip video yang tular berkenaan di halaman Facebook.

Menurut laporan tersebut, video itu memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai peserta kursus Pemantapan Pimpinan Srikandi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyanyi dan menari tanpa memakai pelitup muka.

Artikel Berkaitan: