X

Kindly register in order to view this article
!

39 lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dikenakan PKPD Jumaat ini

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 39 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 12 Ogos nanti.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat 31 lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD.

Beliau berkata, ia membabitkan 11 di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

"Selain itu, masing-masing empat lokaliti di Sandakan dan Penampang turut dikenakan PKPD.

“PKPD di Sandakan melibatkan Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8 Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni manakala di Penampang membabitkan Pangsapuri Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2 serta Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai).

"Hanya PKPD di Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai) dilaksanakan mulai 30 Julai hingga 11 Ogos ini," menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD pada Rabu.

Hishammuddin berkata, tiga lokaliti di Tawau membabitkan Kampung Lahat-Lahat Pulau Sebatik, Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan manakala masing-masing dua lokaliti di Kinabatangan (Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1), Tenom (Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani) serta Putatan (Kampung Meruntum Fasa 3 dan PPR Sri Keramat).

PKPD di Sabah turut membabitkan Kampung Talantang 1 di Kota Marudu, Kampung Ayer di Kudat dan Kampung Pengalat Besar di Papar.

Beliau berkata, PKPD di Kelantan melibatkan enam Kampung Orang Asli di Pos Brooke, Gua Musang iaitu Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau manakala PKPD di Pahang membabitkan dua lokaliti iaitu Taman Amalina Lestari, Mukim Gali di Raub serta Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong di Rompin.

Hishammuddin berkata, PKPD di Blok Angsana dan Blok Sumboisumboi, Kampung Seberang Benoni di Papar, Sabah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan hingga 12 Ogos.

Beliau berkata, PKPD di Sabah membabitkan Blok 2, Blok 6 dan Blok 9 PPR Taman Mesra di Sandakan; Kampung Melamam, Sipitang dan Kampung Landung Ayang, Kudat ditamatkan esok seperti yang dijadualkan manakala PKPD di Kampung Lubak, Beaufort ditamatkan hari ini iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Hishammuddin juga berkata, sebanyak 52 premis meliputi kilang (10), premis perniagaan (39) dan tapak pembinaan (tiga) diarah tutup serta-merta semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

"Semalam (Selasa), seramai 355 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 330 individu dikompaun manakala 25 lagi direman," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!