X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tidak sarankan guna kit ujian pantas antibodi

Khairy Jamaluddin membentangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan buat masa ini tidak menyarankan penggunaan kit ujian pantas (RTK) antibodi sebagai ujian pengesanan Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana belum ada garis panduan yang 'standard' ditetapkan mengenai penggunaan peralatan itu.

Sehubungan itu, jelas Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), satu polisi mengenai perkara itu akan dibangunkan nanti.

"Buat masa ini kerajaan tidak menyarankan agar RTK antibodi ini dilaksanakan dan ini selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

"Garis panduan itu mengingatkan orang ramai dan juga pengamal kesihatan bahawa ujian pantas antibodi SARS-CoV-2 yang dibenarkan sekarang tidak boleh digunakan untuk menilai tahap imuniti atau perlindungan seseorang daripada Covid-19 pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan penerangan Program Vaksinasi sidang khas Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kerajaan pada ketika ini memperuntukkan RM15 juta kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membangunkan Program Antibody Immunal Surveilance untuk melihat tahap antibodi penerima vaksin Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!