Harga RON97 naik satu sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter, manakala RON97 naik kepada RM2.74 bagi tempoh 29 Julai hingga 4 Ogos.
Harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter, manakala RON97 naik kepada RM2.74 bagi tempoh 29 Julai hingga 4 Ogos.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.74 bagi tempoh 29 Julai hingga 4 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya memaklumkan, RON95 dan diesel kekal pada harga sama bagi tempoh tersebut.

"Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala RM2.15 bagi diesel," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut MOF, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguh pun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: